Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

KETAHUI 5 RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT KITA WAJIB TAHU!

Sebenarnya tersirat 1001 rahsia tujuan Allah mewajibkan solat 5 waktu.Hari ini sedikit demi sedikit rahsia solat yang dapat kita ketahui terutamanya apabila kita bersujud.

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. 


Padahal otak sangat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Untuk mencari jawapannya beliau mengkajinya untuk tempoh masa yang lama. 


Setelah beliau membuat kajian dengan lebih terperinci akhirnya beliau memperolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.


Sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t. Berikut adalah 5 rahsia sujud yang telah dikaji secara saintifik:


  1. Meningkatkan Kecerdasan Otak
Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak. Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak. Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan risiko terkena penyakit resdung. Kalau diperhatikan dari sisi, rupabentuk otak kita seakan-akan orang yang sedang bersujud. Kebetulan? Allah Maha Mengetahui.

  1. Mengurangkan Risiko Migrain atau Sakit Kepala
Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.

  1. Baik untuk Sistem Pernafasan
Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru dihembus keluar. Selebihnya berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan. Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kita. Apabila kita sujud, organ-organ dalaman akan menekan diaphragma kita dan sekaligus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

  1. Menggerakkan Sendi-Sendi dan Otot-Otot
Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah. Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.

  1. Mengelakkan Penyakit Buasir
Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir. Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.


Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Begitulah hebatnya tujuan Allah mewajibkan solat 5 waktu ke atas orang Islam.Wallahu a'lam.
Loading...
loading...