Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Mayat Lelaki Kembung, Melecur Ditemukan Di Siling Sebuah Restoran Di Tawau


TAWAU — Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun di sini terjawab apabila satu mayat lelaki ditemukan semalam.

Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70 peratus oleh pemilik restoran pada 10 malam.

Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk meninjau keadaan restoran tersebut selepas hampir setahun menutup operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas.


Loading...

Bagaimanapun, lelaki itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis dan segera bertindak menghubungi polis ekoran bimbang berlaku perkara buruk.

Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat itu berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Sehingga kini, siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

Dr Maszlee Keluar Parti Pejuang, Percaya Bahawa Perubahan Tidak Perlukan Kedudukan & Jawatan



Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

 Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam. 

"Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain.
Loading...
"Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. 

Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh. 

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak. 

"Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. "Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang," katanya. 

Tambah beliau, semua diminta berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera reda dan menghilang, selain kehidupan rakyat kembali normal. 

"Kita belum menang tetapi kita pasti menang, Insya ALLAH," katanya. - Sinar Harian

Isu Lahad Datu : Polis rekod keterangan Mohamaddin di IPK Sabah - Bukit Aman


Polis Sabah akan merekodkan keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya bahawa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu adalah sandiwara, dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata satu pasukan di bawah JSJ Sabah telah ditubuhkan untuk tujuan itu dan Mohamaddin bersetuju untuk diambil keterangan.

"Kami akan panggil beliau dalam masa terdekat dan keterangan mengenai perkara itu di Sabah dan bukan dipanggil ke Bukit Aman.

"Beliau (Mohamaddin) juga telah bersetuju bagi diambil keterangan mengenai kenyataan yang dibuatnya itu," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi seminit sembilan saat berkaitan ucapan Mohamaddin, yang menganggap peristiwa Lahad Datu itu, yang mengorbankan 10 anggota keselamatan, sebagai sandiwara.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tuduhan itu merupakan penghinaan kepada pasukan keselamatan khususnya kepada 10 keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa itu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang pula berkata kenyataan yang dikeluarkan ahli politik berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan memperlekeh tugas anggota tentera.

Sementara itu, Huzir berkata polis sedang memperkemaskan kertas siasatan berhubung Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak mengikut arahan kuarantin COVID-19.

Huzir berkata kertas siasatan itu akan diperkemaskan berdasarkan arahan-arahan yang diberikan Jabatan Peguam Negara yang memulangkan semula kertas siasatan itu selepas ia dihantar kepada mereka.

“Kami akan hantar kembali kertas siasatan itu sejurus selesai diperkemaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata polis menukar klasifikasi kematian tiga beranak dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di Pulau Langkawi, Kedah tahun lepas daripada mati mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Beliau berkata penukaran itu ekoran siasatan pasukan bomba yang mendapati wujud unsur jenayah dalam kes berkenaan.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih dalam siasatan dan tiada tangkapan suspek buat masa ini," katanya.

Dalam kejadian pada 1 April tahun lepas, tiga sekeluarga maut selepas rumah mereka terbakar. Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Nahar Shuhaimi, 39, isterinya Noor Suhaila Hamat, 41, serta anak bongsu mereka Muhammad Nawfal, enam tahun.

-- BERNAMA

Kertas Siasatan Menteri Langgar Kuarantin Diperkemas, Diserah Ke AGC Tak Lama Lagi


Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan itu dibuat susulan arahan terbaharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Loading...
"Kertas siasatan yang diserahkan kepada AGC dikembalikan semula.

"Ada beberapa tindakan perlu dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut arahan AGC.

"Kita akan hantar kembali kertas siasatan itu sejurus selesai siasatan," katanya pada sidang media, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah akan merekod keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya mengenai pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, janji temu dibuat polis sudah dipersetujui Mohamaddin bagi membolehkan rakaman percakapan dilakukan."Kita akan panggil beliau (Mohamaddin), janji temu sudah dibuat. Mohamaddin bersetuju untuk beri keterangan.

"Satu pasukan ditubuhkan terdiri daripada JSJ Sabah (akan rekod percakapan bekas menteri itu)," katanya.

Sebelum ini, Mohamaddin mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama 'ayam' dan 'anjing'.

Dalam satu video ucapan yang tular di media sosial, bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku. - BH Online

Istana Negara Sahkan Majlis Menghadap Anwar


Istana Negara hari ini memaklumkan majlis menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan semalam (22 Sept) ditangguhkan, berikutan Seri Paduka gering.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Loading...

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan jemaah Menteri Kabinet serta individu-individu termasuk Anwar yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

“Seri Paduka turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama, semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka berdoa semoga Malaysia terus dilindungi daripada segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran berpanjangan.

Terdahulu, Anwar dalam satu sidang media hari ini mendakwa beliau mendapat sokongan yang 'kukuh dan meyakinkan' untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin. 

Beliau berkata telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di IJN.

-- BERNAMA

'Saya PM Selagi Anwar Tak Buktikan Majoriti' - Muhyiddin


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

Katanya  Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan berhubung mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan menurut proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.


Loading...

“Tanpa melalui proses itu, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut memohon rakyat bertenang menghadapi situasi terbaharu ini.

“Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-- BERNAMA

Jangan ‘Laga Tangan’ - Dr Noor Azmi


Trend orang ramai ketika ini melakukan ‘fist bump’ atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu melibatkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Loading...


“Jangan bersalaman dan bersentuhan termasuk lagakan anggota badan, namun hari ini saya lihat trend bukan sahaja melakukan begini (fist bump) tetapi genyeh lagi, adakah kita mencuci tangan selepas itu.

“KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat, jadi saya lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik dan saya sarankan supaya berhati-hati,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
loading...

Dr Noor Azmi menjawab soalan tambahan Senator Lim Pay Hen yang bertanyakan perancangan kerajaan hadapi wabak Covid-19 yang dijangka oleh saintis akan berlanjutan dua tahun lagi termasuk dari segi perjawatan pegawai perubatan.

Mengulas perkara itu, beliau berkata Malaysia terbukti sebagai antara negara yang berjaya mengawal dan mengurus wabak itu dengan baik sehingga diiktiraf dunia dan kerajaan akan melipatgandakan usaha itu.

“Kita akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa kerana kita masih belum mengenalinya, senjata yang kita ada ada ketika ini hanyalah pelitup muka dan pensanitasi tangan, selain penjarakan fizikal,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata saringan pengesanan Covid-19 setakat ini hanya dilakukan terhadap individu bergejala serta berisko tinggi, dan buat masa ini tiada cadangan untuk memberikan perkhidmatan itu secara berkala dan percuma kepada guru sekolah.

“Kerajaan telah bangunkan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelbagai subsektor termasuk sektor pendidikan, justeru pematuhan pada SOP ini adalah penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan Covid-19 di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang bertanyakan sama ada kerajaan bersedia memberikan perkhidmatan ujian percuma dan berkala kepada guru sekolah.

- Bernama

Azmin, Zuraida Dilantik Ke MPT Bersatu


Bekas pemimpin kanan PKR, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, yang baru-baru ini menyertai Bersatu setelah berpaling tadah daripada Pakatan Harapan, telah dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, keputusan itu dibuat oleh presiden parti Muhyiddin Yassin pada MPT semalam (7 September).

Loading...

Sebagai rekod, Azmin adalah timbalan presiden PKR manakala Zuraida pula adalah naib presiden Kedua-dua mereka serta beberapa bekas ahli parlimen PKR lain menyertai Bersatu secara rasmi bulan lalu.

Mereka memilih untuk menyokong Muhyiddin pada Februrari lalu dan bersama menyokong membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin, yang juga adalah perdana menteri, memilih mengekalkan Hamzah sebagai setiausaha agung, sementara bekas pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan kini dilantik sebagai ketua penerangan parti. Dia juga adalah anggota MPT pada penggal sebelum ini.
loading...

Tokoh lain yang dilantik menganggotai MPT adalah ahli parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Md Yusof, yang adalah bekas pengerusi Bersatu Melaka dan bekas ketua bahagian Masjid Tanah.

Redzuan gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian dan dikalahkan oleh ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, yang merupakan bekas ketua Puteri Umno, pada Februari.

Antara pelantikan ketua negeri ialah Hamzah, yang kini menjadi ketua Bersatu Perlis, bekas setiausaha eksekutif Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan), Mohd Suhaimi Abdullah (Kedah), Shabudin Yahaya (Pulau Pinang), Abdul Rashid Asari (Selangor) Eddin Syazlee Shith (Negeri Sembilan), Mohd Rafiq Naizamohideen (Melaka), Kamarudin Md Nor (Kelantan), Razali Idris (Terengganu), Hajiji Mohd Noor (Sabah), dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak).

Muhyiddin turut melantik dirinya sebagai ketua Bersatu Johor, sementara timbalan presiden Ahmad Faizal Azumu adalah ketua Bersatu untuk Perak dan Pahang.

Sementara itu, MPT pada mesyuarat semalam juga memutuskan untuk melantik ketua untuk beberapa biro.

Muhyiddin adalah pengerusi biro politik Bersatu, Ahmad Faizal (biro pengurusan), Ronald Kiandee (biro pilihan raya dan kajian), Mohd Radzi Jidin (biro latihan dan perkaderan), Rafiq (biro penambahan ahli dan cawangan), dan Shabudin Yahaya (biro agama).

Majlis itu juga memutuskan untuk melantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed sebagai pengerusi biro ekonomi, sementara Azmin, yang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dilantik menerajui biro antarabangsa Bersatu.

Turut dilantik oleh presiden menganggotai MPT termasuk Mohamed Salleh Bajuri, yang juga dilantik semula sebagai bendahari parti, Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Latiff Ahmad, Abdul Rashid Ansari dan Muhammad Faiz Na'aman.

Dalam kenyataan hari ini, Hamzah memaklumkan bahawa Muhyiddin pada mesyuarat semalam turut melantik ketua Bersatu negeri dan timbalannya. - Malaysiakini

Tambah Hukuman Pencemar Air Bawah Kuasa Kerajaan Pusat - Amirudin


Sebarang tambahan bentuk hukuman terhadap pencemar sumber air mentah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dilihat lebih luas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagi kerajaan negeri Selangor, katanya, kuasa untuk menghukum individu yang melakukan kesalahan mencemar sumber air amat terhad dan hanya tertakluk pada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

Loading...
"Akta Kualiti Alam Sekeliling sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih luas untuk tambah hukuman (terhadap pencemar alam sekitar) seperti sebat, penjara dan melucutkan hak.
“Malah kuasa untuk mendakwa juga bukan di bawah kerajaan negeri tetapi pada pihak Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan pelbagai pihak yang mahu hukuman terhadap pencemar alam sekitar ditingkatkan dengan meminda akta sedia ada atau menggubal undang-undang baharu.
Jumaat lepas, empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas ekoran berlakunya pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang menyebabkan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual.
Pada masa sama, Amirudin menyatakan kerajaan negeri akan meminda Enakmen LUAS 1999 pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang dengan meningkatkan nilai denda kepada RM1 juta untuk dikenakan terhadap pencemar sumber air.


Sementara itu, mengulas mengenai gambar tular di akaun media sosial isterinya yang memaparkan lori tangki Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ‘menghantar’ air terus ke rumahnya, Amirudin memohon maaf atas kekhilafan berkenaan.
loading...
Menurut beliau, gambar lori tangki Air Selangor itu dimuat naik oleh isterinya, Datin Seri Masdiana Muhammad bagi melahirkan rasa terima kasih kepada agensi itu yang yang membantu menghantar air ke kediamannya.
"Gambar ini telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyerang saya, bagaimanapun saya dan isteri memohon maaf," katanya.


Sabtu lepas, gambar lori tangki menghantar bekalan air ke rumah menteri besar yang dimuat naik Masdiana menerima kritikan masyarakat kerana tidak berpuas hati atas layanan istimewa diterima oleh golongan kenamaan tatkala rakyat biasa termasuk golongan warga emas terpaksa menyinsing lengan untuk mengangkut air bagi kegunaan rumah masing-masing.
-- BERNAMA

Osman Sapian Dilihat Hadir Lagi Ke Acara Pejuang


Bekas menteri besar Johor Osman Sapian hadir dalam acara Pejuang malam tadi, tiga hari selepas lembaga disiplin Bersatu berkata dia masih menjadi anggota parti itu.

Abu Bakar Yahya, setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, malam tadi memuat naik gambar dan video Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Loading...
Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan melaungkan “Hidup Pejuang!”.
“Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.
loading...
“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

'Suara anak muda, orang lama perlu disatukan'


Anak muda dan “orang lama” perlu bersama untuk memperkukuh perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional  (BN) Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.


Menurut Menteri Besar Johor itu, penubuhan parti khusus untuk orang muda juga memberi gambaran seolah-olah golongan tersebut  tidak menghormati “orang lama”.

Loading...
“Anak muda di Johor sudah ada saluran untuk mengetengahkan suara mereka.
“Justeru tidak perlu terikut-ikut dengan sebuah parti khusus untuk orang muda seperti yang mahu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman),” katanya pada Pelancaran Jentera Pemuda BN Parlimen Sri Gading di  Parit Raja di sini hari ini.
loading...
Minggu lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata beliau tidak akan menyertai parti Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti berpaksikan orang muda pelbagai kaum.
-- BERNAMA 

PRN Sabah: Anwar Mahu Jumpa Shafie, Dakwa PKR Harus Dapat Kerusi Yang Adil Dan Saksama


KOTA KINABALU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu dengan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, esok untuk membincangkan pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, pihaknya akan membincangkan perkara terbabit demi untuk menyampaikan hasrat parti itu dengan WARISAN selaku parti sekutu.

"Esok saya akan berbincang dengan Shafie dan sampaikan hasrat kepimpinan tertinggi.

"PKR arus diberikan ruang sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah dan juga harus diberi peluang yang baik.


Loading...

"Menjadi tanggungjawab PKR untuk mendapatkan kerusi dengan adil dan saksama," katanya.

Anwar berkata, pihaknya tidak meletakkan syarat tertentu seperti suku kaum atau agama untuk menjadi calon.


"Semua anak kita dari apa-apa pun suku kaum dan agama adalah calon. Pastikan kita pilih calon yang baik, berwibawa dan berintegriti.

"Kita juga harus pastikan calon baik PKR atau rakan (parti sekutu) dapat bekerja sebagai satu pasukan.


"Kemudian kita dan rakan juga harus bekerja untuk memenangkan calon dan bukan hanya sekadar kita menangkan kerusi, lepas itu lompat kemudian ada harga pula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.


Anwar berkata, jentera pilihan raya parti itu sudah bersiap sedia dan akan turun gelanggang mulai esok.


loading...
"Gendang sudah dipalu ...jadi calon atau tidak, kita kena sama-sama rempuh kerana ini pilihan raya penting dan kita mahu PKR Sabah mencatat sejarah.

"Semua kerusi yang ditandingi harus dimenangi dengan bergaya...Insya Allah. Saya dan semua pimpinan serta Ahli Parlimen akan turun membantu pada pilihan raya ini," katanya.

Anwar berkata, setiap cabang parti itu sudah bersiap sedia dan mengadakan latihan sejak berbulan di seluruh negara.

-BHonline

Tiada calon PM lebih wibawa dari Muhyiddin buat masa ini -Khairy


Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini, kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan kewibawaan, ia dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Loading...

“Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (pilihan raya umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Umno dalam PRU ke-15 nanti.

Pada 2 September lalu, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69 peratus.
loading...


Tinjauan juga mendapati Perikatan Nasional (PN) lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN.

Majoriti responden Melayu menyokong Umno dan PAS menyertai PN.

Pada 1 Julai lalu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan MN akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara mengejut.

Bagaimanapun, kata Annuar, beliau tidak dapat menyatakan pendirian MN pada masa "jauh ke depan".

Sementara itu, mengulas mengenai gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta pemimpin Umno dalam kabinet PN segera berundur daripada jawatan masing-masing, Khairy berkata, itu bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti.

Jelasnya, jika MT Umno membuat pendirian untuk tidak lagi mendokong kerajaan sedia ada, maka itu adalah arahan untuk tidak menyertai jemaah menteri kerajaan PN.

“Setakat ini, MT Umno yang merupakan badan tertinggi parti lebih tinggi daripada mana-mana individu telah buat keputusan untuk mendukung kerajaan sedia ada, itu adalah pendirian kita dan kita kena buat pendirian secara kolektif,” katanya.

Khairy juga berkata Umno wajar mendapat pembahagian kerusi paling banyak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berdasarkan faktor kekuatan, pengaruh dan kepemimpinan.

"Saya harap tidak ada apa-apa pertindihan supaya dapat diadakan pengagihan secara adil dan saksama dengan parti-parti lain.

"Tapi saya harap juga Umno akan bertanding majoriti kerusi sebab kalau lihat dari kekuatan bilangan kerusi diberikan kepada Umno Sabah, saya rasa perlu lebih banyak.

“Formula itu kita serah kepada pucuk pimpinan tetapi daripada segi prinsip dia, daripada segi kekuatan, daripada segi pengaruh, daripada segi kepemimpinan, saya rasa Umno wajar terima kerusi yang paling banyak,” katanya lagi. -MalaysiaKini

Warisan Janji Bina Rumah Sarang Burung Untuk Keluarga Veveonah


Parti Warisan akan membantu membina rumah sarang burung walit untuk membantu pelajar universiti, Veveonah Mosibin, sekiranya parti itu memenangi pilihan raya negeri yang akan datang.
Ini sehari selepas pelajar Universiti Malaysia Sabah itu menjadi perhatian berikutan tuduhan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin terhadapnya.

Loading...
Dalam satu kenyataan, naib presiden Warisan, Junz Wong berkata dia secara peribadi akan memberikan sumbangan itu sekiranya Warisan terus menguasai Sabah.
"Sekiranya Warisan menang besar dalam pilihan raya negeri bulan September, saya secara peribadi akan memastikan Veveonah dan keluarga menerima rumah sarang burung percuma," katanya.
Wong berkata, ini merupakan lanjutan daripada program pembinaan rumah sarang burung walit oleh kerajaan Warisan yang telah dilaksanakan sejak 2018.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu berkata, terdapat 150 rumah sarang burung walit yang dibina di Sabah pada tahun 2019, di mana 55 daripadanya dibina di Pitas, daerah Kudat.
Pitas merupakan kampung halaman Veveonah, yang dimenangi oleh BN selama beberapa kali pilihan raya.
"Kawasan Pitas dan Kudat telah lama dipegang oleh Umno, tetapi sekarang ini merupakan daerah termiskin di Malaysia. Yang paling miskin dari yang miskin.
"Warisan sedar perkara ini. Itulah sebabnya setelah mengambil alih kerajan Sabah, kami mula mengubah Pitas menjadi pusat sarang burung," kata Wong.
loading...
Tambahnya, pembinaan rumah berkenaan sememangnya untuk membantu rakyat Sabah seperti Veveonah dan keluarganya.
Veveonah menjadi perhatian pada Jun lalu apabila dia memaparkan video berada di atas pokok untuk mendapatkan akses internet bagi menduduki peperiksaan universiti.
Semalam, Zahidi mendakwa Veveonah tidak menjalani sebarang peperiksaan dan hanya membuat kandungan tular terbabit untuk hiburan dan menempah nama.
Bagaimanapun Zahidi kemudian berkata dia telah menerima maklumat yang salah dan meminta maaf kepada pelajar tersebut. - Malaysiakini

"Tak Adillah Halang, Anak Saya Pun Manusia Juga." Mahathir Jawab Isu Mahu Jadikan Mukhriz PM

Foto Malay Mail

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pandangan seorang profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak menghalang Mukhriz untuk terlibat dalam perjuangannya politiknya dan tidak mungkin menyekat anaknya itu untuk berbuat demikian selepas beliau meninggal dunia.


“Saya nak jelaskan, masa saya jadi perdana menteri, saya tak bagi anak saya masuk parti pun, tak boleh terlibat dengan politik, tak boleh berniaga dalam Malaysia.

“Sekarang saya tak jadi perdana menteri, saya nak kata, nak jaga nama baik saya awak janganlah masuk politik.

“Saya fikir tak adillah. Anak saya pun manusia juga, rakyat negara ini,” katanya dalam sidang media kepimpinan penaja Parti Pejuang Tanahair di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Selasa lalu, Dr R Sivaperegasam Rajanthiran semasa menjadi panelis Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN bertajuk ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran, di Persatuan Alumni UM menyifatkan penubuhan Pejuang untuk memudahkan laluan bekas Menteri Besar Kedah itu ke puncak karier dalam politik.



loading...
Menerusi pengamatannya, beliau mendakwa, Mahathir mahu memastikan anaknya itu menjadi presiden parti sekaligus dilantik menjadi perdana menteri.

Sementara itu Dr Mahathir berkata, beliau kini sudah mencecah usia 95 tahun dan mungkin akan pergi (meninggal dunia) pada bila-bila masa.

Katanya, jika beliau menghalang Mukhriz untuk berbuat demikian berkemungkinan hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik tidak kesampaian menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

– MalaysiaGazette
Loading...
loading...