Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Tambah Hukuman Pencemar Air Bawah Kuasa Kerajaan Pusat - Amirudin


Sebarang tambahan bentuk hukuman terhadap pencemar sumber air mentah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dilihat lebih luas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagi kerajaan negeri Selangor, katanya, kuasa untuk menghukum individu yang melakukan kesalahan mencemar sumber air amat terhad dan hanya tertakluk pada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

Loading...
"Akta Kualiti Alam Sekeliling sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih luas untuk tambah hukuman (terhadap pencemar alam sekitar) seperti sebat, penjara dan melucutkan hak.
“Malah kuasa untuk mendakwa juga bukan di bawah kerajaan negeri tetapi pada pihak Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan pelbagai pihak yang mahu hukuman terhadap pencemar alam sekitar ditingkatkan dengan meminda akta sedia ada atau menggubal undang-undang baharu.
Jumaat lepas, empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas ekoran berlakunya pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang menyebabkan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual.
Pada masa sama, Amirudin menyatakan kerajaan negeri akan meminda Enakmen LUAS 1999 pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang dengan meningkatkan nilai denda kepada RM1 juta untuk dikenakan terhadap pencemar sumber air.


Sementara itu, mengulas mengenai gambar tular di akaun media sosial isterinya yang memaparkan lori tangki Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ‘menghantar’ air terus ke rumahnya, Amirudin memohon maaf atas kekhilafan berkenaan.
loading...
Menurut beliau, gambar lori tangki Air Selangor itu dimuat naik oleh isterinya, Datin Seri Masdiana Muhammad bagi melahirkan rasa terima kasih kepada agensi itu yang yang membantu menghantar air ke kediamannya.
"Gambar ini telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyerang saya, bagaimanapun saya dan isteri memohon maaf," katanya.


Sabtu lepas, gambar lori tangki menghantar bekalan air ke rumah menteri besar yang dimuat naik Masdiana menerima kritikan masyarakat kerana tidak berpuas hati atas layanan istimewa diterima oleh golongan kenamaan tatkala rakyat biasa termasuk golongan warga emas terpaksa menyinsing lengan untuk mengangkut air bagi kegunaan rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Loading...
loading...