SUATU ketika dahulu, nama kumpulan kumpulan rock / heavy metal, XPDC cukup terkenal di kalangan peminat.
Pernah mendapat jolokan Raja Funfair, XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy, terus gah di persada muzik tempatan bersama beberapa kumpulan rock terkenal lain.
Namun bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan saingan dengan baka baharu yang muncul bak cendawan selepas hujan melihat satu demi satu kumpulan yang popular dari era 80-an sehingga 90-an hilang dari industri seni.
Namun biarpun hilang dari pandangan dan khabar berita, XPDC yang kini terdiri daripada Mael selaku vokalis, Eddie (bass), Lola (dram) dan Izu (gitaris) masih kekal utuh bersama.
Malah Mael sendiri mengakui kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘Hentian Ini’ itu nyaris berpecah gara-gara ahlinya tidak persefahaman ketika zaman kegemilangannya.
Pemilik nama sebenar, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, bagaimanapun oleh kerana peminat yang sangat setia dan sayangkan pada kumpulan membuatkan mereka kekal sehingga kini.
“Diakui kami nyaris berpecah atas kesilapan lama sebelum ini dan keserasian dan persefahaman yang kurang antara kami membuatkan kami tidak boleh bersama.
“Tetapi kami perlu terus bertahan selepas memikirkan susah senang bersama selama ini dan sokongan peminat setia membolehkan XPDC terus kekal sampai sekarang,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini baru-baru ini.
Ahli kumpulan XPDC pada mula kemunculan dianggotai Mael - Vokal (1989 - 1997 , 2006 - Sekarang), Izo - Gitar (1989 - Sekarang), Lee Space - Drums (1989 - 1991) dan Zuar - Bass (1989 - 2001 , 2006 - 2013).
Konsert ulang tahun 26 tahun
Justeru demi menghargai sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi, Mael berkata, kumpulan itu sepakat untuk mengadakan konsert Rockestra XPDC pada 6 Jun ini di Stadium Merdeka.
Kali ini mereka akan menggegarkan pentas dengan lagu-lagu hit diiringi mini orkestra yang juga merupakan konsert bersempena menyambut ulang tahun XPDC yang ke-26 sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1989.
“Konsert ini akan berlangsung selama lebih dua jam dan akan dirakam untuk dijadikan sebuah album yang akan diterbitkan dalam bentuk DVD versi secara langsung sebagai penghargaan kepada peminat.
Mengulas harapannya pada malam konsert itu nanti, bapa kepada lima anak ini berkata, dia berharap cuaca berkeadaan baik kerana konsert tersebut akan diadakan di kawasan terbuka.
“Kehadiran penonton juga diharap akan mendapat sambutan hangat. Tetapi berapa sasaran itu kami tidak tetapkan cuma kami semahunya mahu menarik peminat XPDC yang dulu dan generasi kini datang melihat kembali konsert ini nanti.
“Kami sebenarnya nak melihat kehadiran penonton sama ada masih sama seperti konsert pada tahun 1997 dan berlainan sambutannya pada konsert kumpulan lain sebelum ini.
“Sebab bezanya kami bawa rock metal yang betul-betul mengganas dulu, kini dan selamanya yang masih diterima peminat,” katanya.
Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini dianjurkan oleh DuaLaris Event.
KUMPULAN ROCK XPDC KINI KEMBALI!
Tags
# Terkini Artis
About Me
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
Terkini Artis
Labels:
Terkini Artis
Loading...
loading...


