Status yang dikongsi oleh Durratun Nurin di Facebook menjadi viral dan mengkritik tindakan pemandu bas tersebut. Selepas itu, pihak syarikat bas yang dihubungi orang ramai dan telah mengeluarkan kenyataan menerusi Whatsapp bagi pihaknya dan menceritakan apa yang berlaku. Malah mereka turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Bagi pihak Durratun Nurin pula, beliau menerusi akaun Facebooknya telah memohon maaf kepada pihak syarikat bas diatas kekasaran bahasa ketika mengeluarkan status tentang perkara tersebut.
Susulan kes pemandu bas yang didakwa meninggalkan anak-anak yatim, ini adalah penjelasan sebenar dan kedua belah pihak...
Pihak Madrasah yang yang terlibat secara langsung dalam kejadian itu turut membuat laporan polis dan menafikan fitnah yang dilemparkan
Terbaru, pihak Madrasah juga telah mengeluarkan kenyataan penafian diatas segala tuduhan yang dibuat oleh pihak Syarikat bas kepada mereka. Status itu dikeluarkan di Facebook Madrasah Tahfiz Taufiqillah.
Sumber: OhMedia








