Ronnie (dua dari kanan) ketika bersama
Hyper Act.
Ronnie atau nama sebenarnya, Shahron Hussein berkata, dia reda dengan keputusan Hyper Act walaupun masih terkejut.
“Mungkin sudah tiada rezeki kami untuk bekerjasama. Sebelum ini pun saya sudah dengar cerita juga (konflik dalaman), jadi apabila mereka sudah putuskan begitu saya terima sajalah,” katanya
Hyper Act menerusi laman rasmi Instagram mereka kelmarin membuat pengumuman mereka akan meneruskan kerjaya tanpa Ronnie.
Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan siapa pengganti Ronnie.
Menurut sumber, keputusan itu diambil kerana anggota lain tidak berpuas hati apabila Ronnie tidak pernah memberikan bayaran 30 peratus kepada syarikat mereka Hype Beat bagi setiap undangan persembahan solo penyanyi itu.Sumber harian metro.


