Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

WANITA INI TERKEJUT TERIMA WASIAT USD$100,000

NEW YORK : Seorang jutawan yang juga pengumpul barangan seni telah membuat kejutan dengan mewasiatkan USD$100,000 (RM350,000) kepada pemilik restoran stik kegemarannya di sini, yang dikongsi bersama dengan anak saudaranya,Maureen Barrie, 28.

Seorang peguam telah menghubungi Maureen Donohue-Peters, 53, dan memberitahu ada sesuatu diwasiatkan kepadanya.

“Saya berkata ‘Oh Tuhan!’ dan tidak menjangka apa-apa.Robert Ellsworth memang pemurah dan baik, beliau telah mengunjungi Donohue's Steak House sejak lebih 50 tahun.



Ellsworth juga pernah menyumbang lukisan dari Asia bernilai USD$22 juta (RM77 juta) kepada Metropolitan Museum of Art pada 1986 dan hartanya dianggar bernilai $200 juta (RM700 juta).

Beliau telah menjadi pelanggan restoran stik itu sejak ia mula dibuka pada 1950 dan adalah sahabat baik kepada bapa Maureen. Jutawan pemurah itu kemudiannya rapat dengan Maureen setelahnya mengambil alih restoran berkenaan pada tahun 2000.-Mynewsblog
Loading...
loading...