Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Zain Saidin Takutkan Che Ta?!!

Kuala Lumpur: Pelakon Zain Saidin, 31, menafikan dia ‘takut bini’ berikutan dakwaan dia perlu mengikut ke mana saja isterinya yang juga pelakon, Rozita Che Wan, 42, atau Che Ta pergi.

Dakwaan itu timbul berikutan Zain dikatakan kerap berada bersama Che Ta dalam kebanyakan majlis walaupun ia tidak membabitkan dirinya.

“Tidak semua majlis saya ada bersama Che Ta. Selalunya saya akan ikut jika ia berkaitan dengan fesyen. Pada saya, mana yang positif saya akan ikut.
“Soal saya takut isteri, itu tak betul.

Mungkin orang melihat itu yang terjadi.
“Kalau nak tahu, Che Ta yang lebih banyak mendengar cakap saya, tetapi disebabkan dia lebih tua daripada saya, jadi dia kelihatan seperti ‘bossy’. Tak kisahlah orang nak cakap apa, yang penting kami bahagia,” katanya, baru-baru ini.
Loading...
loading...