Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Tiga Tayar Pesawat MAS Pecah Ketika Mendarat Di Mumbai

KUALA LUMPUR: Tiga tayar sebuah pesawat Malaysia Airlines MH197 dari Kuala Lumpur ke Mumbai dilaporkan pecah ketika membuat pendaratan di lapangan terbang Mumbai, malam Ahad lepas.
Menurut portal berita Mid-Day, semua 193 penumpang dan kru dalam pesawat itu selamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam.
Pegawai kanan lapangan terbang Mumbai menyatakan, tiga tayar di sebelah belakang dan kanan pesawat pecah ketika proses mendarat tetapi juruterbang masih dapat mengendalikan pendaratan dengan baik.
Tiada kenyataan rasmi dari Malaysian Airline System Berhad (MAS) mengenai kejadian itu setakat ini.


- Utusan Online
Loading...
loading...