Bendera Malaysia dan sepanduk berkibar di stadium di Kota
Gaza sebagai tanda penghargaan selepas pendirian tegas Malaysia terhadap atlet Israel. - Foto oleh Muslim Imran
Rakyat Palestin menzahirkan penghargaan dengan mengibarkan bendera Malaysia di Gaza selepas Malaysia bertegas tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini
Pada Sabtu lalu peminat bola sepak Palestin mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza sebagai tanda penghargaan atas pendirian Malaysia terhadap Israel.
Loading...
Rakyat Palestin turut mengibarkan sepanduk dengan slogan
menyokong pendirian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga menteri-menteri lain.
“Terima kasih Malaysia kerana berpendirian menentang
normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel’,” tulis sepanduk itu lagi.
“Pemasangan (bendera dan sepanduk) di padang bola sepak
merupakan tanda sokongan untuk Malaysia, untuk memperlihatkan bagaimana rakyat
Palestin berbangga.
“Pendirian Malaysia diterima dengan baik oleh Palestin,
terutama di Gaza,” kata Muslim Imran lagi seperti dilapor portal FMT.
Putrajaya sebelum ini mengumumkan ia akan melarang atlet
Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan
berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 29 Julai hingga 4 Ogos.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Emmanuel Nahshon kemudian mengecam larangan itu dan berkata Dr Mahathir sebagai bersikap anti-Yahudi.
Dr Mahathir kemudiannya mengulangi pendirian kerasnya terhadap Israel ketika di Oxford Union Society di Britain pada Sabtu lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman membidas Israel dengan berkata Israel adalah hipokrit terbesar dalam kutukan terhadap
Malaysia.
“Kenyataan Israel memaparkan sendiri sikap hipokrit mereka
apabila menyatakan Malaysia mempolitikkan sukan, sedangkan mereka sendiri
melakukan perbuatan sama apabila menyekat pasukan bola sepak Gaza untuk
memasuki tebing barat ketika perlawanan akhir piala dunia Palestin, bukankan
itu politik terhadap sukan?” katanya Syed Saddiq menerusi Instagram.
“Adakah Israel lupa bagaimana mereka sendiri meletakkan
tekanan terhadap Persatuan Bola Jaring Amerika Syarikat NBA dengan memaksa
untuk mengecualikan Palestin dari senarai perlawanan ketika 2018?” soalnya lagi.


