Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Guan Eng: Hutang Pahang cecah RM2.8 bilion sejak 2014


KUALA LUMPUR — Hutang kerajaan negeri Pahang kini mencecah RM2.8 bilion sejak 2014, dan bukan RM760 juta seperti yang dinyatakan sebelum ini.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah hutang yang tinggi itu telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Loading...
“Rekod kewangan jelas menunjukkan kerajaan negeri Pahang secara berterusan mengeluarkan belanja lebih daripada hasil yang diterima, atau belanjawan defisit, setiap tahun sejak 2014.


“Belanjawan defisit secara berturut-turut ini tidak memberikan keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk menjalankan pembangunan dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Lim berkata laporan Jabatan Audit Negara terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang untuk 2017 juga merumuskan kedudukan kewangan negeri itu kurang stabil.
“Oleh itu, Jabatan Audit Negara telah menyarankan agar kerajaan negeri mengambil langkah-langkah untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka, termasuklah mengamalkan perbelanjaan berhemat, selain melakukan usaha untuk meningkatkan kutipan hasil negeri supaya sumber pendapatan dapat menampung perbelanjaan mengurus dan tanggungan semasa,” katanya. — Bernama
Loading...
loading...