Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi membenarkan permohonan
bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan semula pasportnya
dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di luar negara.
Loading...
Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan itu dengan syarat
Musa perlu melapor diri dengan kedutaan Malaysia di London, United Kingdom tiga
hari sekali dan Pusuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura antara 23 Januari hingga 8 Februari, lapor Kosmo Online.
Terdahulu Rozina membenarkan pasport Musa dilepaskan bermula
15 Januari hingga 10 Februari dan pasport itu perlu diserahkan semula kepada
mahkamah pada 11 Februari.
Dalam pada itu Rozina turut mengingatkan wang jaminan akan
terbatal sekiranya terdapat laporan pergerakan lain selain dari dua negara
terbabit.
"Jika tertuduh ke negara selain dari United Kingdom dan
Singapura wang jaminan akan dirampas. Penjamin juga bertanggungjawab terhadap
tertuduh," katanya.
Tambahnya, Musa juga perlu memaklumkan alamat penginapannya kepada mahkamah
sepanjang berada di dua negara itu.


