Foto - Sinar Harian
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini
memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai
Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Loading...
Keputusan itu dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri enam
daripada sembilan Sultan di Istana Negara di sini.
Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku
Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak,
Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.
Pada mesyuarat tersebut, keenam-enam Sultan turut menetapkan
tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong
ke-16.
Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan
mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan
Sri Syed Danial Syed Ahmad. - Astro Awani


