Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Dedah pihak seleweng AP, menteri sedia ambil tindakan


KUALA LUMPUR — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking semalam meminta pihak yang mendakwa berlakunya penyelewengan Lesen Import (AP) diberi oleh kerajaan kepada 36 pemegang baharu, agar tampil mengemukakan bukti tersebut.

“Tunjukkan bukti itu (terlebih dahulu) dan saya sendiri akan pastikan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan AP itu,” katanya.
Loading...

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia di sini, semalam.

Mengulas selanjutnya, Darell menegaskan bahawa kesemua pemegang baharu AP itu telah dinilai oleh juruaudit dalaman dan luaran bagi memastikan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Awal minggu ini, sebuah portal automotif mendakwa berlakunya perbincangan antara pemegang AP baharu dan sedia ada bagi “membeli” permit import (daripada pemegang baharu) dengan setiap satunya berharga antara RM18,000 sehingga RM22,000.

Portal itu mendakwa ini berikutan pengurangan kuota tahunan AP kepada pemegang sedia ada bagi menampung penerima AP baharu tersebut.

AP Terbuka adalah kemudahan import permit yang diberi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang layak mengimport kenderaan terpakai untuk dijual di pasaran domestik. — Bernama
Loading...
loading...