MANILA — Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah
Mohd Ali menasihatkan para ibu bapa agar tidak mempercayai berita negatif
berkenaan vaksin imunisasi yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggunjawab.
Loading...
Sebaliknya, Dr Siti Hasmah mengingatkan ibu yang mempunyai
anak kecil berumur enam bulan perlu ke klinik atau hospital bagi mendapatkan
suntikan vaksin demi kesihatan anak masing-masing.
“Tolonglah ingat pesanan saya ini kerana kita tidak mahulah
anak yang kita lahirkan selepas cukup bulan disia-siakan sahaja,” katanya
kepada pemberita pada hari terakhir menemani lawatan suaminya Tun Dr Mahathir
Mohamad ke Filipina hari ini.
Beliau memberi pesanan berkenaan sempena sambutan hari
wanita sedunia pada hari ini.
Menurut Dr Siti Hasmah, para ibu perlu memastikan anak
mereka terus mendapatkan suntikan imunisasi bagi mengelak kejadian jangkitan
bakteria serta penyakit polio dan lain-lain yang boleh membawa maut seperti
yang berlaku kepada dua kakak-kanak di Johor, baru-baru ini. — Bernama

