Bukit Aman ada bukti kukuh dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membeli berlian merah jambu walaupun permata itu tidak dijumpai.
Loading...
"Terdapat bukti jejak pembelian belian merah jambu US$23 million (RM94.6 million) dari seorang tukang emas di New York menggunakan dana 1MDB," kata Datuk Khalil Azlan Chik yang mengetuai pasukan penyiasatan anti pengubahan wang haram Bukit Aman, lapor Projek MM.
"Walaupun 'berlian merah jambu' tidak ditemui semasa serbuan polis, ada bukti jelas menunjukkan kewujudan transaksi pembelian."
Sebelum ini, Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau difitnah membeli berlian tersebut bagi menguburkan karier politik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, suaminya.


