Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Tuduhan seleweng RM42 juta, Najib berdepan hukuman penjara maksimum lebih 100 tahun


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini sedang melalui perbicaraan kes penyelewengan dana anak syarikat 1MDB (SRC International Sdn Bhd).

Semua media kini tertumpu kepada butiran perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu. Berdasarkan maklumat kes dan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan, Najib boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lebih 100 tahun.
Loading...

1. Satu tuduhan salah guna kuasa

Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP

Berdasarkan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi

2. Tiga tuduhan pecah amanah

Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta

Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta

Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta

Berdasarkan Seksyen 409 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda

3. Tiga tuduhan pengubahan wang haram

Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi

Bagi pertuduhan ini, berdasarkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, jika sabit kesalahan Najib boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan.

Sumber: Milo Suam
Loading...
loading...