Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
menafikan dakwaan dirinya berada dalam parti dadah baru-baru ini yang membawa
kepada penangkapan beberapa individu termasuk wakil rakyat Dengkil Adhif Syan
Abdullah.
Dakwaan dibuat portal Johor Press 17 Januari lalu bertajuk:
“Syed Saddiq sebenarnya Ada di Parti Dadah Tapi...” yang tular di WhatsApp dan
internet.
Loading...
“Saya ingin menegaskan bahawa kandungan artikel yang
diterbitkan oleh Johor Press adalah tidak benar sama sekali.
“Malah dakwaan bahawa ada cubaan ‘melobi projek-projek besar
di Kementerian Belia dan Sukan’ adalah salah dan menjejaskan nama baik
kementerian,” kata ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
dalam kenyataan hari ini.
loading...
Artikel itu mendakwa Syed Saddiq hadir pada malam tersebut
namun “bernasib baik” kerana dia beredar beberapa minit sebelum premis diserbu
polis.
Johor Press juga memuat naik imej WhatsApp mendakwa parti
itu berlangsung tiga malam berturut-turut, dianjurkan oleh seorang ahli
perniagaan yang cuba melobi projek dalam kementerian.
Selain Adhif Syan yang juga ketua pemuda PPBM Selangor, 17
orang termasuk ahli parti dan pegawai kerajaan ditahan polis dalam serbuan di
sebuah kondominium di sini 12 Januari lalu.
Turut ditahan Penolong Setiausaha Pemuda PPBM Ahmad Redzuan
Mohamed Shafi.
Adhif Syan dan Ahmad Redzuan sejak itu digantung tugas
parti.
Syed Saddiq berkata laporan polis akan dibuat terhadap Johor
Press dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang
menyebarkan berita tidak benar terutama berkaitan integriti kementeriannya. - Projek MM


