Izinkan saya bercakap sedikit berkenaan penyakit yang telah
merebak, yang dikenali sebagai Koronavirus yang telah jadi satu epidemik
merebak seluruh dunia. Saya lihat keadaan di Malaysia dan saya nampak
seolah-olah orang Malaysia tak begitu serius berkenaan tangani virus ini.
Kalau kita tak berjaga-jaga ia akan kena ribuan rakyat msia
dan ramai akan meninggal kerana penyakit ini. Penyakit ini luar biasa, ia
disebabkan satu virus yg diberi nama corona kerana itu bentuk virus itu.
Loading...
Virus ini tak pernah didapati dahulu sekarang g mudah
merebak dan berjangkit. Kalau dekat dengan orang yang sakit, mungkin akan dapat
jangkitan. Kalau dia tak pakai mask (topeng), dia batuk, bersin, kita mungkin
dapat (jangkitan).
Sebab itu cara kita elak daripada dijangkiti kita mesti
jauhkan diri daripada orang yang hidap sakit ini. Tapi orang ini mungkin tak
sedar dia ada sakit ini kerana mulanya tak ada kesan sakit ini.
loading...
Mungkin suhu badan naik sedikit tapi dalam jangka masa pendek
akan ada simptom lain yang mungkin membawa maut. Oleh kerana tak tahu, dekat
dengan orang lain, dan mungkin orang berjangkit. Sebab itu kita perlu asingkan
diri dari semua orang kerana kita tak tahu mereka sakit atau tak tapi untuk
asingkan diri kadang-kadang sukar dilakukan.
Baru-baru ini (kumpulan) tabligh adakan perjumpaan gergasi,
15,000 orang berhimpun. Daripada perhimpunan ini lebih 40 orang dijangkiti
koronavirus. Sebabnya dalam kumpulan begitu besar kita tidak dapat asingkan
diri dari jiran, dekat dengan orang, bersalam-salam, dan agak mudah dapat
penyakit ini.
Bila orang ini batuk, dekat dengan kita, kita akan dapat
penyakit ini. Sebab itulah saya berpendapat ada penting kita elak kumpul
ramai-ramai termasuk bila kita sembahyang berjemaah.
Bila berjemaah perlu rapatkan diri dalam saf, ini bermakna
bila ada yang sakit, kita akan berjangkit. Bukanlah kita nak tolak ibadat tapi
saya fikir utk menyelamatkan diri, kita perlu terima hakikat dekat dengan orang
adalah suatu yang berbahaya.
Saya bukanlah ulama, tapi sepertimana yang kita tau, kalau
kita solat hajat, kita doa, kita solat minta selamatkan diri, tapi dalam
al-Quran disebut Allah takkan makbulkan doa kita kalau kita tak buat sesuatu
untuk tolong kita sendiri.
Sesuatu yang kita perlu buat kali ini ialah tidak rapatkan
diri dengan orang walaupun semasa bersembahyang. Jdi kita perlu kuatkan usaha
dgn asingkan diri dari orang yang tak ada kaitan dengan. Dalam rumah sendiri
dengan ahli keluarga, tapi terhad situ sahaja dan tak jumpa orang.
Saya juga berpendapat bila kita dapat penyakit, kita perlu
cepat ke hospital untuk buat ujian test. Bahkan pelawat perlu di-test sebelum
naik kenderaan, bas, kapal terbang, dan pesawat harus dibersihkan setiap kali
diguna. Banyak perkara yg perlu dilakukan oleh kita, bukan sahaja kerajaan tapi
kita sendiri untuk selamatkan kita dari virus.
Dia juga ada kesan yang dahsyat kepada ekonomi, salah
satunya industri pelancongan telah merosot sebanyak 70 peratus, pelancongan
sumbangan kedua terbesar kepada negara.
Kalau turun 25 peratus pendapatan negara akan berkurangan,
restoran, hotel dan travel agencies akan rugi, bila rugi takkan bayar cukai dan
kjaan akan susah dan penerbangan akan berkurangan dan bisnes tak boleh
diadakan.
Banyak bisnes bergantung kepada orang berkumpul dalam satu
tempat, ini mendedahkan mereka kepada penyakit. Bila industri perlukan mass
production, ini bahaya. Industri ini perlu dihentikan, apa yg boleh dibuat di
rumah, buat di rumah.
Untuk mempelajari ilmu, tak perlu ke universiti atau
sekolah, boleh belajar di rumah. Semua boleh dilakukan sekarang, jangan ambil
ringan, ia amat berbahaya, ia satu big plague yang boleh jangkit bahkan ratus
ribu orang.
Kita dapati Itali tutup negara dari pelancong dan tak beri
rakyat ke mana-mana. Memang ini beri tekanan kepada rakyat tapi kalau tak ada
disiplin diri, penyakit akan berpanjangan dan beri kesan buruk.
Di Wuhan, jumlah pesakit berkurangan. Ini kerana mereka
berdisiplin duduk di rumah, jadi nampak seolah-olah kurang penyakit ini.
Penyakit ini tak ada ubat, sebaliknya ia satu penyakit yg perlukan vaksin yang
perlukan masa untuk ada dan testing mungkin ambil masa sehingga 18 bulan.
Jadi tak boleh anggap penyakit ini akan henti sendiri, dia
takkan henti sendiri melainkan kita disiplin dan duduk di rumah dan tak keluar
tempat org berkumpul seperi di pusat membeli belah.
Malangya ini akan merosakkan ekonomi negara tapi bukan
negara kita sahaja tapi negara lain juga. Permintaan akan berkurangan dan akan
beri kesan kepada kita dan mengakibatkan kerosakan ekonomi dunia.
Saya bukanlah ada jawatan apa-apa tapi saya rasa
bertanggungjawab menjelaskan kerana saya dilatih sebagai doktor. Saya berdoa
akan ada vaksin tetapi sementara itu disiplin kita dari bercampur orang lain
adalah jalan yang terbaik.
Saya harap kita berasa bertanggungjawab dalam usaha
kurangkan penyakit ini. Insya-Allah kalau kita berusaha Allah akan makbulkan.
Saya ucap terima kasih kpd staf hospital dan KKM yang merupakan orang yang
terhadapan menghadapi pesakit dan menjalankan usaha banteras pesakit ini.
Terima kasih kpd doktor, jururawat, pegawai rendah, tinggi,
yang terlibat dalam usaha menyelematkan rakyat Malaysia.


