Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Latheefa Koya difahamkan telah meletak jawatan.
Menurut sumber, beliau menyerahkan surat peletakan jawatan
itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (Rabu 4 Mac).
Loading...
Tiada alasan yang diberikan ekoran peletakan jawatan itu,
menurut sumber berkenaan.
Namun begitu Latheefa hari ini hadir sebagai saksi dalam
perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
loading...
Latheefa dilantik ke jawatan itu atas pekenan Yang
di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2019. Kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 31
Mei tahun depan.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikritik kerana dikatakan
membuat pendakwaan terpilih terhadap musuh-musuh politik kerajaan Pakatan
Harapan, manakala menggugurkan kes-kes membabitkan para pemimpin parti
berkenaan.
Latheefa, atau nama penuhnya Latheefa Beebi Koya pernah
menjadi Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga
pernah menjadi AJK Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia sebelum PRM bergabung
dengan Parti Keadilan Nasional.
Sumber: bebasnews


