Permit kerja Md Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang terbabit dalam laporan dokumentari Al Jazeera berkenaan cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin bagi mengekang penularan Covid-19, telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen.
Loading...
Terdahulu, Jabatan Imigresen mencari Rayhan, 25, dan beberapa lagi untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, susulan penerbitan dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang disiarkan pada 3 Julai lalu.
loading...
Pada selasa lalu, Jabatan Imigresen memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.


