Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Bersatu Kaji Tubuhkan Badan Ahli Bersekutu - Hamzah


Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengkaji cadangan menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang akan membolehkan ahli memainkan peranan lebih bermakna dalam parti.


Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penubuhan badan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan serta peranan Ahli Bersekutu selain memperkasa penglibatan dalam kalangan mereka dari semasa ke semasa.

Loading...

“Bersatu mengalu-alukan hasrat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai parti sebagai ahli biasa atau ahli bersekutu.
“Berhubung penyertaan ahli baharu dalam kalangan bukan bumiputera, Perlembagaan Bersatu sedia ada memperincikan perihal berkaitan ahli bersekutu seperti dalam Fasal 7 (Keahlian), Fasal 8 (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan dakwaan beberapa pihak bahawa Bersatu lari daripada matlamat asal apabila membuka keahlian kepada bukan bumiputera adalah tidak tepat.
loading...
Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Kongres Negara 2020, berkata parti itu merancang menubuhkan sayap untuk ahli bersekutu dan bersedia meminda perlembagaan parti bagi merealisasikan cadangan tersebut, termasuk membolehkan ahli bersekutu memegang jawatan dalam Bersatu.
-- BERNAMA
Loading...
loading...