Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

"Lebih 7,300 Orang Yang Tak Keluar Mengundi, Tentu Ada Sebab." - Mukhriz


Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir berpendapat adalah menjadi satu kebiasaan bagi pengundi bukan Melayu memilih calon parti kerajaan pada pilihan raya kecil (PRK).

Beliau berkata demikian susulan kekalahan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang pada PRK Dun Slim hari ini.

"Pengundi bukan Melayu anggaran kami biasanya dalam satu pilihan raya kecil, mereka akan mengekalkan calon pihak kerajaan.


Loading...

Parti Pejuang yang merupakan parti serpihan Bersatu juga tewas di kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan India.

Ini berbeza pada PRU14 lalu apabila calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR menang enam PDM di mana kebanyakannya merupakan pengundi majoriti Cina dan India.

Bagaimanapun, Muhkriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun yakin bahawa keadaan ini mungkin berubah dalam PRU akan datang.

"Saya ingat dalam PRU keadaan mungkin berubah. Jadi kami terima baik PRK Slim ini.

"Pada waktu sama kami ingin menyatakan bahawa kami lebih sedia menghadapi PRU yang akan datang," katanya lagi.


'Satu pertiga tidak keluar mengundi'

Sementara itu, dalam sidang media itu, Mukhriz berkata hampir satu pertiga daripada jumlah 23,181 pengundi tidak keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68.4 peratus.

"Ini menunjukkan bahawa masih hampir satu pertiga pengundi yang tak keluar mengundi iaitu pada anggaran kami lebih 7,300 orang yang tak keluar mengundi. Tentu ada sebab," katanya.

loading...

35% pengundi muda tak keluar mengundi

Beliau turut memberitahu bahawa hampir 35%  pengundi muda juga tidak keluar mengundi pada PRK kali ini.

"Kebiasaanya, 45  hingga 48 peratus adalah pengundi muda dalam satu kawasan. Tapi, di PRK Slim 35 peratus daripada pengundi-pengundi muda tidak turun mengundi kali ini.

"Ini berbeza dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak BN, yang menyatakan kononnya pengundi-pengundi muda menyokong pihak mereka.

"Sebenarnya semakan kami, ramai daripada pengundi-pengundi muda ini tidak turun mengundi," katanya.


PRK Slim diadakan berikutan kematian adunnya, Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Dun Slim mempunyai 23,181 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus). -MalaysiaKini
Loading...
loading...