Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

SPRM nafi keluar kenyataan siasat sogokan di PRK Slim


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim' yang mempunyai kaitan dengan satu lagi berita palsu tentang video tular pemberian wang sogokan semalam.
SPRM dalam kenyataannya hari ini turut memohon semua pihak agar menyalurkan maklumat kepada pihaknya atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku.

Loading...

"Semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim digalakkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau PDRM," demikian menurut kenyataan itu.

Hari ini tular di media sosial kenyataan mendakwa SPRM menyiasat pemberian wang sogokan pada PRK DUN Slim.

loading...
Kenyataan palsu itu menyusuli berita palsu yang tular semalam mendakwa SPRM mengesahkan telah menerima video tular berkaitan penawaran wang sogokan daripada peraih undi kepada bakal pengundi DUN Slim.

- Bernama
Loading...
loading...