Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

"Tak Adillah Halang, Anak Saya Pun Manusia Juga." Mahathir Jawab Isu Mahu Jadikan Mukhriz PM

Foto Malay Mail

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pandangan seorang profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak menghalang Mukhriz untuk terlibat dalam perjuangannya politiknya dan tidak mungkin menyekat anaknya itu untuk berbuat demikian selepas beliau meninggal dunia.


“Saya nak jelaskan, masa saya jadi perdana menteri, saya tak bagi anak saya masuk parti pun, tak boleh terlibat dengan politik, tak boleh berniaga dalam Malaysia.

“Sekarang saya tak jadi perdana menteri, saya nak kata, nak jaga nama baik saya awak janganlah masuk politik.

“Saya fikir tak adillah. Anak saya pun manusia juga, rakyat negara ini,” katanya dalam sidang media kepimpinan penaja Parti Pejuang Tanahair di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Selasa lalu, Dr R Sivaperegasam Rajanthiran semasa menjadi panelis Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN bertajuk ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran, di Persatuan Alumni UM menyifatkan penubuhan Pejuang untuk memudahkan laluan bekas Menteri Besar Kedah itu ke puncak karier dalam politik.



loading...
Menerusi pengamatannya, beliau mendakwa, Mahathir mahu memastikan anaknya itu menjadi presiden parti sekaligus dilantik menjadi perdana menteri.

Sementara itu Dr Mahathir berkata, beliau kini sudah mencecah usia 95 tahun dan mungkin akan pergi (meninggal dunia) pada bila-bila masa.

Katanya, jika beliau menghalang Mukhriz untuk berbuat demikian berkemungkinan hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik tidak kesampaian menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

– MalaysiaGazette
Loading...
loading...