Lebih tragis, mangsa dikatakan tersepit lebih satu jam dalam keretanya ekoran dihempap lori seberat 10 tan berkenaan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek lori berkenaan menyebabkannya merempuh kereta mangsa dan sebuah kereta lain jenis Naza Sutera yang dipandu lelaki berusia 30-an. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya berjaya mengeluarkan pemandu lelaki, manakala pemandu wanita yang terperosok di bawah lori terpaksa menunggu ketibaan bomba.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi yang tiba di lokasi pukul 7.45 pagi, terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat lori berkenaan sebelum mangsa wanita berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih sedar pada pukul 8.47 pagi. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan kecemasan ekoran cedera parah. - MYNEWSHUB.CC. Lagi gambar di bawah..







