Kuala Lumpur: “Amira harap, semua orang tolong doakan supaya arwah mama, papa dan adik masuk syurga.”
Itu kata Nur Firuza Amira,7, anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE bersama seorang lagi anak berusia enam bulan, Sabtu lalu.
Insiden jam 1 pagi itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.
Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4, bagaimanapun terselamat kerana berada di rumah nenek mereka di Putrajaya.
Sementara itu, bapa saudara mereka Faiznurr Asyraf yang bakal berumahtangga pada Oktober ini berkata, dia reda dengan kematian abang, kakak ipar dan anak saudaranya serta sanggup menjadi bapa kepada dua anak Allahyarham.
“Saya dan tunang sudah mula membiasakan gelaran papa dan mama kepada dua anak buah kesayangan saya itu,” katanya ketika ditemui di Taman Batu Muda, di sini siang tadi.
Artikel ini disiarkan pada :
Sumber:harian metro Ahad, 3 Mei 2015 @ 11:00 PM
Doakan mama, papa dan adik
Tags
# Berita
# isu semasa
About Me
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
isu semasa
Labels:
Berita,
isu semasa
Loading...
loading...


