Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

GEMPAR WANITA TENAT HAMPIR JADI MAKANAN BERUANG

Tynda: Seorang wanita Russia kini dalam keadaan tenat selepas diserang dan ditanam hidup-hidup oleh seekor beruang yang dipercayai mahu menjadikannya makanannya.

Ibu dua anak Natyalya Pasternak, 55, bernasib baik selepas rakannya berjaya menyelamatkan diri dari hutan berhampiran Tynda di wilayah Amur, timur jauh Russia dan meminta bantuan.

Selepas mencederakan Natyalya, beruang berkenaan menyangka pekerja pos itu mati dan menimbusnya dengan daun.

Haiwan itu dipercayai merancang untuk kembali dan memakan Natyalya.
Bagaimapun, polis berjaya menyelamatkan wanita itu.

Apabila penyelamat tiba mereka juga cuba diserang oleh beruang itu dan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa wanita terbabit, mereka terpaksa menembak dan membunuh beruang betina yang berusia dalam lingkungan 4 tahun tersebut kerana ianya sangat agresif.



Lengannya  berlumuran darah disebabkan luka cakaran dan ketika ditemui di bawah timbunan daun Puan Natyalya Pasternak masih 'hidup dan sedar'.  

Soalan pertama beliau kepada anggota penyelamat adalah: Sudahkah kamu membunuh beruang itu? Akibat serangan beruang tersebut wanita berusia 55 tahun itu mengalami kulit kepala terkoyak dan kecederaan serius di paha  dan masih dalam keadaan trauma. 

Doktor di Hospital Tynda mengatakan beliau mengalami kecederaan parah.



Loading...
loading...