Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

(VIDEO)LELAKI MAUT KE TEMPAT KERJA DILANGGAR MYVI 'KUNING'

Satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta perodua Myvi ‘kuning’ dan seorang penunggang motorsikal berlaku Putrajaya pada sebelah pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Affendi bin Aziz, 36, dipercayai merupakan pekerja Hotel Pullman Putrajaya Lakeside maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang dinaikinya dilanggar Myvi di lampu isyarat simpang empat berdekatan Pullman di jalan Presint 5.

Pemandu kereta, Noorazira Tajudin, 30, yang bekerja sebagai Juru-ukur Bahan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.





Wanita itu dikatakan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan telah melanggar mangsa yang sedang menuju ke tempat kerjanya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan kini polis masih lagi melakukan siasatan.






Loading...
loading...