KUALA LUMPUR - Jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho
Low akan didakwa secara 'in absentia' iaitu tanpa ketidakhadiran di Mahkamah
Sesyen di sini, hari ini.
Selain Jho Low, 36, empat lagi individu termasuk seorang
wanita akan turut didakwa bersama-sama Jho Low di empat Mahkamah Sesyen
berasingan.
Difahamkan kesemua mereka akan didakwa berhubung skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut laporan media, Jho Low yang diburu polis dan
dikehendaki Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain dipercayai bersembunyi
di China atau Abu Dhabi namun sehingga kini tidak diketahui di mana sebenarnya
dia berada.
Pada 15 Jun lalu
Jabatan Imigresen membatalkan pasport ahli perniagaan itu atas
permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan penyiasatan terhadap
skandal 1MDB.- Bernama


