Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Azwanddin ditahan polis


Pihak polis menahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah, dakwa NGO tersebut.

Kiriman e-mel dari JMM menyatakan Azwanddin ditahan di Dato Keramat jam 2.45 petang dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Loading...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa polis sedang menyiasat aktivis hak Melayu itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan ugutan jenayah.

Ini berikutan kenyataan beliau ketika satu perhimpunan semalam yang mengancam untuk menyerang sebuah balai polis jika pihak berkuasa itu tidak menangkap pelaku rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 bulan lalu.

Polis mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi.
Loading...
loading...