Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Keputusan mengejut, mahkamah perintah undi Tasek Gelugor dikira semula

Datuk Marzuki Yahya - Foto oleh Astro Awani

Mahkamah Pilihan Raya mencipta sejarah dengan membenarkan permohonan calon Tasek Gelugor yang tewas pada Mei lalu bagi mengira semula jumlah undi.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memerintah semua salinan Borang 14 bagi kerusi parlimen itu dibuka untuk disemak oleh seorang penolong pendaftar Mahkamah Tinggi.


Loading...

Sebanyak 136 salinan borang tersebut, yang melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, akan dibuka di depan peguam semua pihak terbabit pada 2 Januari ini.

Borang 14 memuatkan jumlah undi setiap calon, dan juga undi rosak atau lebihan kertas undi, bagi setiap saluran di sesebuah pusat pembuangan undi.



Semakan ini untuk mengesahkan jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon Umno, yang menang, dan juga calon PKR yang mencabar keputusan tersebut.

Penyandangnya Datuk Shabudin Yahaya diumum mengatasi Datuk Marzuki Yahya, kini senator dan timbalan menteri, dengan 81 undi. Calon PAS Rizal Hafiz Ruslan turut bertanding.

Shabudin kini meninggalkan Umno bersama lima yang lain seminggu lepas. - Projek MM
Loading...
loading...