Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pindaan audit 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Bekas perdana menteri ditahan di ibu pejabat suruhanjaya itu
jam 10.51 pagi tadi setelah diminta hadir untuk memberi keterangan isu
tersebut, lapor portal Astro Awani.
Loading...
SPRM baru-baru ini mula menyiasat isu pindaan laporan akhir
audit 1MDB setelah ia didedahkan oleh ketua audit negara Tan Sri Madinah
Mohamad.
Dalam kenyataan dua minggu lalu, beliau mendedahkan
perenggan berkaitan kehadiran Low Taek Jho dalam satu mesyuarat lembaga
pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam laporan akhir.
Arahan dibuat oleh bekas ketua setiausaha sulit Najib, Tan
Sri Shukry Salleh, pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk
mengelak ia diputar belit oleh pembangkang ketika itu.


