Gambar pertemuan Hishammuddin Hussien dan Najib Razak
setelah kehilangan jawatan dan kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan Perdana
Menteri. – Foto AFP
Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
hari ini menjawab pertanyaan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong
berhubung penghantaran pasukan tentera Malaysia ke Arab Saudi bagi menyertai
Ops Yaman 2.
Hishammudddin berkata, sehubungan itu untuk menimbulkan soal
sama ada penghantaran pasukan tentera itu mendapat kelulusan kabinet di bawah
kerajaan lalu, Chin Tong sepatutnya faham tentang hal seperti rahsia negara,
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.
Loading...
“(Timbalan Menteri Pertahanan) sepatutnya faham apa maksud
rahsia negara, apa maksud Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.
“Dia lupa apa dia Majlis Keselamatan Negara. Sebab dia kata
tak bawa ke kabinetkan, dia patut tanya pada External Intelligence Research,
tanya kepada MKN apa sebenarnya yang kita lakukan tetapi mesti ‘declassify’
maklumat-maklumat kerana ini kepentingan negara.
“Siasat dengan orang yang betul-betul buat (risikan). Dia
tak tahu 763 (pelajar) yang kita selamatkan, itu dia tak cerita….Semua itu
rahsia negara.
“Saya tak boleh dedahkan sekarang… saya profesional, tetapi
kalau nak buat (siasatan), gunakan agensi-agensi di bawah mereka sekarang untuk
mencari kebenaran, dan bukan bercakap pada khalayak awam.
“Dalam isu penglibatan kita di Arab Saudi, saya dah jawab
berapa kali dalam Dewan, nanti kita boleh edarkan hansard, memang dah ada dalam
hansard pun, anggota kita tak ada pun ke Yaman…mereka ditempatkan di Arab
Saudi,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen hari ini.
Chin Tong pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Isnin lalu
mempersoalkan sama ada penghantaran tentera negara ini untuk Ops Yaman 2 telah
mendapat kelulusan kabinet semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.
Chin Tong dilaporkan berkata pada asalnya anggota Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia
di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.
Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4
Sept lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak
selaras dengan dasar berkecuali Malaysia. – Bernama


