SINGAPURA - Singapura mendakwa bahawa kapal-kapal Kerajaan
Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14
kali pencerobohan setakat ini.
Loading...
"Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi
tiga TPN (Nota Pihak Ketiga)," kata Menteri Pengangkutan republik itu Khaw
Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dihantar kepada Bernama selepas sidang
akhbar dengan media tempatan pada pukul 5 petang.
Memandangkan perkembangan provokatif baru-baru ini, Khaw
berkata Singapura memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar
Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had
Pelabuhan) (Pindaan) 2018.
"Pelebaran ini adalah dalam lingkungan Perairan Wilayah
Singapura, dan menjejaki sempadan timur Had Pelabuhan Johor Bahru 1999. Warta
itu berkuaskuasa hari ini," kata Boon Wan. - Bernama


