Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Ucapan ‘Perkasa akan amuk’, Polis siasat Ibrahim Ali


Polis akan menyiasat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berhubung ucapannya yang berkata “Perkasa akan mengamuk” yang diucapkan dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, polis akan mengambil tindakan sekiranya ucapan itu didapati cuba mencetuskan ketegangan.

“Saya serahkan kepada polis untuk melihat apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh Ibrahim atau sesiapa sahaja di dalam Perkasa dan polis akan menyiasat kenyataan yang dibuat mereka,” katanya dalam sidang media di Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya semalam.
Kira-kira 200 menyertai perhimpunan anjuran Perkasa di Kuala Lumpur hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan. - MalaysiaStyloNews
Loading...
loading...