SHAH ALAM — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
kawasan Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang
pukul 4.45 pagi ini akibat serangan jantung.
Loading...
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan
Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di
Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih.
“Jenazah akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat
di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan kemudian akan disemadikan di Tanah
Perkuburan Kampung Pasir.
“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan saya berdoa
semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan
golongan yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas, Baktiar yang
mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan calon BN, PAS dan
Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti
8,964 undi.
Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat
memperoleh 23,428 undi. — Bernama


