Sejarah bakal tercipta apabila Perdana Menteri, Tun
Dr.Mahathir Mohamad diberi penghormatan untuk berucap di majlis perhimpunan
Kesatuan Oxford.
Tun Mahathir bakal menyertai barisan pemimpin utama dunia
berucap di kesatuan berprestij itu.
Loading...
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, antara
yang tidak sabar menantikan kemunculan Perdana Menteri, esok, lapor Astro Awani lagi.
"Selepas perancangan berbulan lamanya, Tun M akhirnya
akan muncul di Kesatuan Oxford. Beliau akan menjadi pemimpin Malaysia pertama
dan dipilih secara demokratik dari Asia Tenggara yang dijemput untuk bercakap
di kesatuan yang berprestij.
"Saya tidak sabar. Malaysia, Harimau Asia!" tulis
Syed Saddiq di Twitter.
Tun Mahathir dijadual berucap pada Jumaat jam 4 petang waktu
tempatan.
Kesatuan Oxford, atau, Oxford Union merupakan sebuah
kesatuan debat paling berprestij di dunia, dan salah satu daripada kesatuan
universiti tertua pernah diwujudkan di Britain
Antara nama-nama pemimpin hebat dan aktivis yang pernah
diundang memberi ucapan adalah Margaret Thatcher, Winston Churchill, John
McCain dan Malala Yousafzai.
After months of planning, Tun M will finally make his appearance at the Oxford Union. He will be the first Malaysian & democratically-elected leader from ASEAN to be invited to speak at the esteemed Union.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 15, 2019
18/1/2019. Can’t wait!
Malaysia, the tiger of Asia! pic.twitter.com/39ul7hjLdp


