Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Guan Eng salahkan Goldman Sachs berhubung penipuan 1MDB


GOLDMAN Sachs perlu “memenuhi syarat” dengan peranannya dalam skandal berbilion dolar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukan cuba untuk meletakkan kesalahannya kepada jurubank penyangak, menteri kewangan Lim Guan Eng memberitahu The New York Times.

Lim berkata, bank berkenaan yang menjadi broker kepada beberapa perjanjian untuk syarikat pelaburan negara di bawah pentadbiran sebelum ini, bertanggungjawab terhadap kehilangan berbilion dolar yang ditanggungnya.
Loading...

“Kita menanggung kerugian yang besar, dan kamu adalah penasihat kewangan,” kata Lim kepada akhbar itu dalam satu temu bual di Hong Kong.

“Sekarang bagaimana kamu memikirkannya? Dan jangan beritahu saya, kamu tidak tahu di mana wang itu pergi,” katanya.

“Goldman Sachs perlu memahami fakta-fakta.”
Bank berkenaan mengatur tiga perjanjian pada 2012 dan 213 untuk dana 1MDB, meraih AS$6.5 bilion yang sepatutnya untuk menarik pelaburan asing. Untuk itu, ia mengenakan caj AS$600 juta kepada 1MDB, iaitu bayaran yang diperoleh bank daripada perjanjian kerajaan.

Jabatan Kehakiman AS berkata, wang yang diperoleh itu diseleweng oleh ahli perniagaan yang kini dalam pelarian Low Taek Jho dan bekas perdana menteri Najib Razak, menyebabkan Malaysia menanggung hutang.

“Kamu lihat penderitaan yang terpaksa ditanggung Malaysia bukan hanya dari segi angka tetapi juga trauma,” kata Lim.

“Kamu mesti punyai belas kasihan. Adakalanya kamu tanya, adakah Goldman berhati perut?”

Goldman Sachs menjauhkan diri dari bekas jurubank Roger Ng dan Tim Leissner, yang kedua-duanya didakwa bersubahat dengan Low.

Bank itu mendakwa Leissner, yang telah mengaku bersalah, dan yang lain mengabaikan protokol dalaman.

Bulan lalu, Putrajaya memfailkan pendakwaan jenayah terhadap Goldman Sachs, menuduh bank itu menipu pelabur, dan sedang menuntut ganti rugi sebanyak  AS$7.5 bilion.

Goldman Sachs menafikan tuduhan itu, dan mengatakan bahawa “beberapa orang dalam bekas kerajaan Malaysia dan 1MDB berbohong kepada Goldman Sachs”.

“Di bawah proses perundangan Malaysia, syarikat tidak diberi peluang untuk didengar sebelum memfailkan dakwaan terhadap entiti Goldman Sachs tertentu, yang kami akan mencabarnya,” kata bank berkenaan dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada akhbar itu. - the malaysian insight
Loading...
loading...