Pengasas merangkap presiden skuad Badar direman empat hari
selepas ditahan malam tadi bersama seorang lagi lelaki.
Penahanan Azhar Mohamad, 46, dikaitkan dengan aktiviti skuad
itu yang melakukan penguatkuasaan tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kedah (JHEAIK), lapor Harian Metro.
Loading...
Portal itu menyebut skuad tersebut tidak pernah dilantik
sebagai penguat kuasa agama. Skuad berkenaan juga tidak diberi tauliah atau
kebenaran memasuki premis tanpa kebenaran dan waran geledah.
Penahanan dibuat polis Kuala Muda pada 10 malam manakala
perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani. Siasatan kes dibuat
berikutan pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.
Ketua polis daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah mengesahkan
penahanan tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Portal berita itu difahamkan, penahanan mereka susulan
laporan yang dibuat JHEAIK.


