TEL AVIV – ISRAEL. Benjamin Netanyahu mendakwa Israel
memiliki sistem senjata paling canggih di dunia dan tidak teragak-agak untuk
menghancurkan semua pihak yang cuba meruntuhkan negaranya.
Perdana Menteri Israel itu mengeluarkan ancaman tersebut
semasa melawat ibu pejabat Israel Aerospace Industries (IAI) di Lod, semalam.
Loading...
IAI bertanggungjawab membangunkan sistem pertahanan peluru
berpandu Israel.
Lawatan Netanyahu ke ibu pejabat IAI dibuat tidak lama
selepas pegawai Israel mengumumkan kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu
anti-balistik Arrow 3.
“Kami akan terus membangunkan sistem senjata paling maju di
dunia bagi memastikan keselamatan Israel dan rakyatnya terjamin,” ujar
Netanyahu.
Semalam, Kementerian Pertahanan Israel berkata ia telah
berjaya menguji sistem senjata yang dapat memintas peluru berpandu balistik di
luar atmosfera bumi.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ujian
berkenaan dilakukan dengan kerjasama Agensi Pertahanan Misil Amerika Syarikat.
- Agensi


