Foto oleh TMI
Tiada sebarang masalah untuk beberapa tokoh kehakiman berada
dalam satu majlis, namun haruslah mengelak kelakuan yang boleh mengundang
spekulasi negatif dalam kalangan rakyat.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata masyarakat
tidak seharusnya bersikap terlalu jumud sehingga mengatakan tidak boleh ada
tarian di majlis keraian.
Loading...
“Kita pun biasa dalam UMNO ada majlis tarian dan sebagainya,
janji ia tak melampaui batas. Jangan kita jumud sangat kata tak boleh ada
tarian di majlis-majlis terutamanya yang meraikan sesuatu.
“Bagi saya kalau Ketua Hakim Negara ada, Peguam Negara ada,
Menteri Undang-undang ada, tak ada masalah untuk berada dalam satu majlis tapi
kita elaklah apa-apa tindakan yang boleh mengundang spekulasi negatif,”
katanya.
Memetik laporan portal Berita Harian lagi, Khairy berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan
kempen di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Golden Hill, di sini hari ini.
Khairy berkata, tarian itu tidak
menimbulkan isu moral sebaliknya lebih kepada kritikan seolah-olah pemisahan
kuasa tak dihormati kerana semua mereka berinteraksi secara sosial.
“Itu sahaja... jadi bagi saya bukanlah soal moral tetapi
lebih kepada soal pemisahan kuasa dan mereka (pun) sudah jawab hanya satu lagu
dan sebagainya.
“Tapi dulu kita (BN menari) kena hentam jadi tak apalah
kalau rakyat nak tegur terima sahajalah,”
Sebelum ini pada 2016 kerajaan hari ini yang menjadi
pembangkang ketika itu turut mempersoalkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali menari bersama beberapa menteri BN dalam majlis sambutan Hari Kebangsaan
di Dataran Merdeka.


