MELAKA — Seorang lelaki yang mendakwa dirinya
sebagai “sultan Malaysia” atau “tuan punya” kerajaan Malaysia dibebaskan dengan
jaminan polis setelah direman bermula 13 Januari lepas bagi membantu siasatan
membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.
Loading...
Ketua polis daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata individu
yang berusia 47 tahun dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan bersama
seorang penjamin, yang merupakan bapa mertua suspek.
“Suspek dilepaskan hari ini memandangkan bahawa kertas siasatan
masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini,” katanya menerusi satu
kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat
Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.
Lelaki itu sebelum ini mengadakan sidang media di Sungai
Rambai pada 13 Jan lepas dan mendakwa bahawa beliau adalah “tuan punya”
(pemilik) kerajaan Malaysia dan layak
untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri
Malaysia.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan
dan polis telah merakam percakapan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap
suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi
dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini. — Bernama


