Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook beliau mengakui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai masalah, namun ia bukan
penyebab kepada ekonomi negara menjadi teruk.
“Ya, betul. 1MDB memang ada masalah.
Loading...
“Oleh itu, kerajaan BN (Barisan Nasional) menjalankan
rasionalisasi ke atas 1MDB dan menandatangani perjanjian penyelesaian dengan
IPIC (International Petroleum Investment Company) untuk mendapat semula wang
yang dikatakan hilang,” katanya.
Najib menolak dakwaan bahawa
kerajaan BN dahulu menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara dengan berkata hutang 1MDB kini ialah sekitar RM30 bilion
dan semua wang daripada 1MDB ialah daripada sumber pinjaman, bukan dari rizab
kerajaan ataupun Petronas dan Khazanah.
“Hutang 1MDB hanya perlu dibayar dengan sepenuhnya pada
tahun 2039. Aset 1MDB juga besar nilainya.
“Satu perjanjian penyelesaian sudah ditandatangani dengan
kerajaan Abu Dhabi untuk mendapatkan semula semua wang yang didakwa hilang dari
1MDB sebelum 31 Disember 2020,” kata Najib lagi seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata, hutang RM30 bilion itu jauh lebih rendah
daripada RM82 bilion ‘dijarah’ dari Petronas dan hasil RM40 bilion hilang
akibat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggantikan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) serta ketika tempoh tiga bulan GST sifar tahun lalu.
“RM30 bilion adalah 4.3 peratus dari jumlah hutang rasmi
kerajaan sebanyak RM686 bilion dan 2.22 peratus dari jumlah KDNK Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak RM1.35 trilion pada 2017,” katanya.
Najib turut mempersoalkan mengenai skandal forex
dengan RM33 bilion dari rizab negara hilang begitu sahaja pada 1993 kepada
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Hutang 1MDB masih belum perlu dibayar, nilai asetnya masih
tinggi dan ada usaha untuk mendapat kembali wang yang dikatakan hilang akan
menjahanamkan ekonomi negara?
“Tetapi skandal forex di mana wang yang rugi tidak dapat
dicari ataupun dituntut kembali, tidak ada aset ditinggalkan dan ia adalah
peratusan yang amat besar daripada KDNK negara tidak menjahanamkan ekonomi
negara pula?
“Kerajaan PH perlu mengaku sahaja bahawa ekonomi menjadi
teruk di bawah dasar dan kawalan mereka - bukan sebab 1MDB,” katanya.


