Foto mStar Online
KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
Loading...
Setiausaha akhbar kepada menteri pertahanan Amin Shah
Iskandar berkata peguam peribadi kepada menteri pertahanan berkenaan akan
menghantar notis tuntutan undang-undang kepada anggota parlimen Rembau dalam
waktu terdekat.
"Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini
walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini
dalam satu kenyataan pada 15 Jan 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di
Brinchang hari ini, bekas ketua Pemuda Umno itu dilapor berkata menteri
pertahanan berkenaan menggunakan jentera ATM ketika berkempen untuk Pakatan
Harapan (PH) sempena PRK Cameron Highlands.
Sebelum ini, Mohamad menjelaskan gambar yang memaparkan
beliau dengan berlatarbelakangkan helikopter merupakan lawatan rasminya ke Kem
Slim, Cameron Highlands pada 9 Jan, tiga hari sebelum penamaan calon PRK
kawasan parlimen itu.
Mohamad, yang juga presiden Amanah, menjelaskan bahawa
beliau menaiki kereta persendirian ke Cameron Highlands pada hari penamaan
calon, 12 Jan lepas. — Bernama


