Bekas Perdana Menteri yang kini digelar 'raja troll', Datuk
Seri Najib Tun Razak enggan melayan kenyataan yang dibuat chef selebriti, Datuk
Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.
"Itu Chef Wan, buat apa nak layan Chef Wan?" soal
Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis.
Loading...
Sebelum itu, Chef Wan berkata beliau kecewa dengan Najib dan Barisan
Nasional (BN) yang didakwanya meletakkan individu seperti Tan Sri Isa Samad
mengetuai Felda hingga berlaku salah urus.
Beliau juga mendakwa Najib memberi rasuah kepada peneroka
Felda ketika pentadbiran BN sebelum ini.
"Ia bukan rasuah, kita tak bagi rasuah, kita tolong
masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup. Sekarang ini pendapatan
mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja, di Sg
Koyan ada yang dapat lebih rendah dari itu, macam mana mereka nak hidup?
"Bukan soal rasuah kalau kita tolong bukan soal rasuah,
kita tolong semua, kalau dalam Felda kita tolong semua, UMNO ke, PAS Ke, PH ke,
kita tolong semua, jadi kalau tolong semua bukan rasuah," katanya seperti di petik portal Astro Awani selepas
menghadiri program 'Jom Ride Bersama Saya" di Podium Penchala, pada Ahad.


