Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Populariti Najib punca BN menang di Cameron Highlands - Pemuda Umno

Foto oleh TMI

Pemuda Umno menyifatkan populariti Datuk Seri Najib Razak 67 nk antara punca kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ketuanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata “jasa” bekas perdana menteri itu jelas tidak dilupakan pengundi, lebih-lebih lagi bagi peneroka Felda dan Orang Asli.
Loading...

“Faktor populariti Najib juga banyak menyumbang ke arah kemenangan besar kali ini terutamanya di kalangan peneroka Felda dan Orang Asli yang masih merasai jasa dan sumbangan beliau kepada mereka,” coretnya dalam kenyataan di Facebook malam tadi.

“Sentimen Orang Asli kaum Semai yang masih kuat sayangkan BN dan merasa terhutang budi kepada pimpinan terdahulu. Ini dapat disaksikan dengan kehadiran beramai-ramai ketika Najib turun berkempen di kawasan mereka.”

Calon BN, Ramli Mohd Noor semalam memperoleh 12,038 undi mengalahkan tiga pencabar lain dari Pakatan Harapan (PH) dan dua calon bebas.

M. Manogaran dari DAP hanya mendapat 8,800 undi, manakala dua bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). - Projek MM
Loading...
loading...