KUALA LUMPUR — Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri
Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo akan didakwa di Mahkamah Kajang
hari ini (28 Februari) kerana dipercayai terlibat dalam insiden mengasari
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.
Loading...
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdulllah
berkata lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun
Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan Seksyen 323 Kanun
Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
“Sebelum ini, pengadu (Syed Saddiq) mendakwa diserang oleh
sekumpulan penyokong Barisan Nasional dan telah dicekik oleh Papagomo,” katanya
dalam satu kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Muar itu sebelum ini, mendakwa diserang
sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung
di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). — Bernama


