Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Kes siasatan 'RM90 juta PAS', SPRM rampas kereta, hartanah, beku akaun bank


Kenderaan mewah, hartanah dan wang tunai jutaan ringgit dirampas dalam siasatan kes dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada dana Umno.

Loading...
Selain Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita rumah kedai bernilai RM2 juta dan RM2.3 juta dalam akaun bank.

Mengesahkan rampasan tersebut, sumber SPRM juga berkata lebih banyak pemimpin PAS akan dipanggil untuk siasatan kes berkenaan esok.

Pagi tadi, SPRM memanggil setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ke ibu pejabat di Putrajaya untuk siasatan, dipercayai kes sama.

Pada 2016, Sarawak Report menuduh pemimpin PAS menerima RM90 juta untuk menyokong Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Loading...
loading...