PKR hari ini menafikan rakaman audio Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad adalah suara presiden parti
berkenaan.
Merujuk rakaman yang dimuat naik pada satu akaun Twitter
semalam, pengarah komunikasi PKR berkata “nahu dan cara sebutan” Anwar tidak
sama, lapor Utusan Online.
Loading...
“Ini bukan suara DSAI (Anwar), nahu dan cara sebutan terutama
beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” kata Fahmi
Fadzil, ahli parlimen Lembah Pantai.
Dalam rakaman satu minit, suara lelaki yang didakwa sebagai
Anwar menyebut pentadbiran perdana menteri “tidak betul” dan beliau mahu
menyusun “rangkaian kita”.
Audio tersebut juga menyebut untuk “ambil balik” 22 parlimen
yang dikuasai Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden PKR, kerana “payah nak buat
kerja” jika “tak ambil”.


